Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Selasa, 13 Disember 2011

Bahana tangki najis rosak...!!!

Kongsi Di Pesbuk najis

PEKAN – Kaki lima berhampiran barisan kedai ­makan Arked Terminal Bas di tengah-tengah bandar ini ­masih berbau busuk ekoran najis yang melimpah keluar dari­pada tangki seterusnya mengalir ke dalam longkang berhampiran.

Tinjauan Sinar Harian mendapati struktur tangki yang dibina dilihat sudah lama dan hanya ditutup dengan sekeping papan yang tidak mampu menyembunyikan najis yang mengalir ke dalam longkang kecil serta ke atas permukaan jalan.

Masalah tersebut sudah kerap kali dibangkitkan peniaga di arked ini, namun pihak bertanggungjawab masih belum mengambil apa-apa ­tindakan efektif bagi mem­baiki kerosakan itu.

Seorang peniaga, Zuhairi (bukan nama sebenar) mendakwa, usaha membersihkan kawasan tangki najis yang ­menyalurkan sisa kumbahan dari tandas yang terdapat di kawasan ini perlu dilakukan ­dengan kadar segera.

“Bangunan ini adalah ­lokasi tumpuan umum serta terletak di tengah-tengah ­bandar. Tambahan pula, terdapat kedai makan dan ­premis perniagaan lain di tingkat atas, bawah dan sekitar bangunan ini.

“Bau busuk berpunca ­daripada sisa kumbahan itu sentiasa mengalir keluar daripada tangki yang penuh dan tidak mampu menampung kapasiti najis daripada tandas yang ada,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Ahmad (bukan nama ­se­benar) berkata, bau busuk dari longkang di sekeliling bangunan ini menggugat ­keselesaan orang ramai ­kerana dicemari bau busuk dan meloyakan.

Dia berkata, situasi ini memberi gambaran negatif khususnya pengunjung luar yang datang ke sini sekali gus memburukkan imej bandar ini.

“Orang ramai yang lalu­ ­lalang di kaki lima ini terpaksa menahan bau busuk dan mual akibat sistem pembetungan yang tidak sistematik.

“Keadaan paling menyedih­kan apabila orang ramai terpaksa menikmati juadah di kedai makan berhampiran dalam keadaan tidak selesa,” katanya.

Aduan yang diterima ­daripada beberapa peniaga di sini meminta pihak bertanggungjawab meninjau keadaan tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya supaya masalah sistem pembetungan itu dapat dibaiki segera.

Struktur tangki yang tidak mampu menampung sisa kumbahan perlu dibaiki ­semula bagi menjamin ke­bersihan di kawasan ini.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com