Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Khamis, 8 Disember 2011

Borang Bantuan Rm500 Bajet 2012 Diedar 10 Dis 2011...!!!

Kongsi Di Pesbuk




Lembaga Hasil Dalam Negeri  telah memaklumkan bahawa permohonan dan Borang Bantuan RM500 boleh dibuat bermula 10 Disember 2011 ini. Pendaftaran untuk permohonan bantuan tunai RM500 tersebut adalah selama satu bulan.

Berikutsedikit maklumat mengenai Bayaran bantuan RM500 dan siapa yang layak untuk mendapatkan bantuan

Syarat Kelayakan Bantuan RM500

* Isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah

* Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga merangkumi individu berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa.

* Ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga itu turut merangkumi ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan

* Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara.

* Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk membuat permohonan,

Bila Tarikh Pendaftaran Dan Permohonan Untuk Borang Bantuan Rm500?

Permohonan Bantuan RM500 dan borang  Bantuan RM500 boleh didapati dan dimohon pada 10 Disember 2011 ini. Tempoh pendaftaran permohonan bantuan tunai RM500 adalah selama satu bulan.

Dimanakah Borang Bantuan Bantuan boleh Didapati?

Borang-borang pendaftaran untuk Borang Bantuan RM500 boleh didapati secara percuma mulai tarikhtersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta agensi-agensi kerajaan.

Apakah Prosedur Permohonan Borang Bantuan RM500?
Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan perlu diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan atau negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat cawangan LHDN.

Bila Tarikh Pembayaran Bantuan RM500?

Pembayaran Bantuan Rm500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

Cara ringkas atau atau prosedur untuk mohon bantuan isi rumah RM500 ini adalah seperti dibawah :
1. Dapatkan borang bantuan isi rumah (Download dari web LHDN , atau berurusan terus dengan pejabat LHDN ) mulai 10 Disember 2011 ini.
2. Isi borang dan hantar ke pejabat LHDN yang berhampiran.
3. Tunggu jawapan anda sama ada permohonan itu berjaya atau tidak.
4. Wang bantuan isi rumah akan dikreditkan melalui bank terpilih mulai Januari 2012 jika berjaya. 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com