Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Rabu, 14 Disember 2011

Diam ada isi...!!!

Kongsi Di Pesbuk




DIAM-DIAM ubi berisi. Mungkin itu peribahasa yang sesuai digunakan oleh kumpulan punk rock Malaysia, Bunkface yang terdiri daripada tiga orang pemuda, Shamsul Anuar (Sam), vokalis utama dan irama gitar, Sam (Shamsul Anuar), Youk (Farouk Jaafar) dan Paan (Ahmad Farhan) ternyata punyai daya tarikan mereka sendiri bagi peminat tempatan mahupun di luar.
Selepas menggegar peminat dengan lagu yang menjadi kegemaran ramai, dengan lagu Situasi dan Revolusi, populariti Bunkface dilihat menurun saban tahun.
Apatah lagi selepas itu, Bunkface dilanda khabar angin yang membabitkan vokalis utama kumpulan itu, Sam ingin meninggalkan Bunkface dengan penubuhan kumpulan baharu iaitu, The Azenders.
Namun, ia ternyata hanya sebuah khabar angin. Ketika rancak masyarakat membuat spekulasi, Sam sendiri tampil memberi pengesahan bahawa dia masih setia bersama Bunkface.
Walaupun begitu, ia tidak mematahkan semangat ketiga-tiga jejaka ini untuk terus berkarya dan buktinya, kumpulan ini berjaya mengangkat nama kumpulan mereka sekali gus mengharumkan nama negara apabila berjaya mendapat tempat ketiga secara keseluruhan dari segi persembahan pentas dan vokal di Hong Kong Asia Music Festival pada Mac lalu.
SAM meraih Anugerah Komposer Muda Berpotensi 2011 dari Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP).


Bukan itu sahaja, pada November lepas, Bunkface telah dijemput bagi mengadakan persembahan di Jakarta, Indonesia menerusi tiga acara yang berlainan. Apa yang menariknya, mereka berpeluang muncul dalam program bual bicara popular di TV Indonesia, Bukan Empat Mata yang disiarkan di saluran Bintang.
Sebelum itu, Bunkface mengadakan persembahan di Urbanfest 2011 dan juga membuat showcase istimewa Bunkface di Hard Rock Café yang juga diadakan di Jakarta.
“Alhamdulillah, sambutan di Indonesia terhadap Bunkface amat baik. Walaupun mungkin kami sebagai pendatang baharu kepada peminat di sana, namun ada juga yang mengenali kami sehingga semasa mengadakan persembahan, sesetengah dari mereka hafal lirik lagu dan menyanyi bersama,” cerita Sam semasa ditemui di majlis Malam Mesra Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia 2011 (MACP).
Bukan reformasi tapi celaka
Di samping kejayaan yang dikecapi, ada juga terselit kisah pelik yang berlaku terhadap kumpulan ini. Ia mungkin merupakan perkara yang agak remeh dan ringan.
Semasa ingin mempromosi single paling terkini mereka yang berjudul Panik, kumpulan ini telah mendapat tahu bahawa single tersebut diharamkan dari diputar di semua saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana perkataan ‘reformasi’.
Bagaimanapun menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pihak RTM menerusi Unit Panel Penilai Lagu Tempatan (PPLT), stesen penyiaran kerajaan tersebut menafikan pernah mengharamkan lagu tersebut.
Menurut PPLT, isu timbul bukan disebabkan penggunaan perkataan ‘ reformasi’ dalam lirik Panik tetapi sebaliknya perkataan ‘celaka’ yang dianggap sebagai suatu perkataan yang kasar dan tidak sopan diperdengarkan umum.



MEMBUKTIKAN bukan sekadar jaguh kampung, Bunkface meraih pengiktirafan pada Hong Kong Asia Music Festival 2011.
Bertanya respons kepada Bunkface, Paan menyatakan kekesalannya kerana beranggapan ia tidak patut menjadi satu isu sehingga diharamkan. Dia juga memberitahu penggunaan perkataan tersebut bukan bertujuan untuk memaki seseorang ataupun sesuatu situasi.
“Kami gunakan perkataan celaka sebagai satu lirik tanpa ada apa-apa agenda. Jika perkataan tersebut memang tidak boleh digunakan, apa kata kita buang terus perkataan itu daripada mana-mana penggunaannya.
“Saya ambil satu contoh jika lirik kami terlalu kesat, bagaimana pula dengan dialog-dialog yang menggunakan banyak perkataan kesat dalam filem-filem Melayu lama kita yang telah ditonton umum oleh segenap lapisan masyarakat,” katanya yang tetap bersyukur kerana lagu tersebut tidak digam oleh stesen radio lain.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com