Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Isnin, 12 Disember 2011

KUALA LUMPUR – Siapa tidak teruja apabila ditawarkan bekerja dengan majikan berketurunan raja sebuah negara Teluk yang mempunyai rangkaian perniagaan minyak dan gas di seluruh dunia. Dengan tawaran gaji termasuk faedah seperti tempat tinggal dan elaun lumayan, sudah pasti ramai yang kelabu mata. Namun semua itu hanya indah khabar sahaja apabila lelaki bergelar doktor itu sebenarnya kaki auta apabila tembelang mula terbongkar satu persatu. Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah, 35, berkata, pengalaman pahit berkhidmat selama sebulan dengan lelaki itu sudah cukup untuk mendorong dia membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini mengenai tindak-tanduk lelaki tersebut. Dia mendakwa, turut tertipu dengan jutawan tersebut ialah 15 lelaki tempatan yang diupah untuk bekerja sebagai pengawal peribadi lelaki itu. Abdullah yang mendakwa berasal dari Iraq menjelaskan, pada mulanya dia dijanjikan jawatan sebagai pengurus teknologi maklumat bagi syarikat milik jutawan tersebut dengan gaji permulaan RM1,600 sebulan. Lebih mengujakannya apabila jutawan tersebut turut menawarkannya seunit kondominium mewah yang terletak di Jalan Law Yew Swee di sini dan elaun makan setiap hari. “Memang dalam tempoh seminggu hingga dua minggu, saya sangat yakin dengan dia yang kelihatan sangat segak dan bergaya apatah lagi lelaki itu diperkenalkan oleh kawan saya sendiri,’’ ceritanya kepada Kosmo! semalam..!!

Kongsi Di Pesbuk
Sebahagian daripada 40 pelajar asing membawa bunga manggar bagi memeriahkan majlis berkhatan beramai-ramai di Kampung Relau, Bandar Baharu semalam.


BANDAR BAHARU - Keunikan majlis berkhatan beramai-ramai, mendorong sekumpulan penuntut asing untuk turut memeriahkan suasana, sekalipun sekadar memegang bunga manggar mengiringi peserta di Kampung Relau di sini semalam.
Kumpulan 40 penuntut dari program pertukaran pelajar antarabangsa Universiti Sains Malaysia itu jelas teruja melihat 80 kanak-kanak lelaki melalui proses yang dituntut agama Islam tersebut.
"Ini kali pertama saya menyaksikan majlis ini dan saya berasa bertuah," kata Fredrik Blom, 22, yang tidak sabar mahu berkongsi pengalaman tersebut dengan rakan dan keluarganya di Sweden.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com