Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Rabu, 7 Disember 2011

Terima balasan akibat maki polis...!!!

Kongsi Di Pesbuk Terima balasan akibat maki polis


KUANTAN - Seorang lelaki menerima padah apabila didenda RM100 di Mahkamah Trafik di sini semalam, selepas menghina seorang anggota polis dengan kata-kata kesat pada 19 Oktober lalu.
M Subramaniam, 47, didapati melakukan kesalahan tersebut di hadapan sebuah pusat hiburan Padang Lalang di sini.
 
Dia didapati menghina anggota polis terbabit dengan menuding jari sambil mengeluarkan perkataan kesat kira-kira jam 4.45 pagi.
 
Subramaniam, yang di-tangkap pada 22 November lalu itu didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100.
 
Majistret, Tuan Ruzaini Tuan Lah turut menjatuhkan hukuman penjara tiga hari jika tertuduh gagal membayar denda tersebut.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Chif Inspektor Mohd Azman Ariffin.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com