Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Jumaat, 11 Januari 2013

Bekas ratu cantik dipenjara

Kongsi Di Pesbuk

SONDAKH (kiri) duduk di sebelah peguam belanya di sebuah mahkamah antirasuah di Jakarta semalam. - AFP


JAKARTA - Sebuah mahkamah antirasuah Indonesia semalam menjatuhkan hukuman penjara selama empat tahun dan enam bulan ke atas bekas Ratu Cantik Indonesia 2001, Angelina Sondakh kerana menerima rasuah.


Sondakh didapati bersalah menerima rasuah sebanyak AS$3.6 juta (RM10.9 juta) daripada sebuah syarikat yang membina bangunan penempatan untuk atlet-atlet Sukan Asia Tenggara pada tahun 2011.
Hakim-hakim di mahkamah itu menyatakan rasuah tersebut diberikan kerana peranan Sondakh sebagai seorang anggota sebuah jawatankuasa bajet parlimen.
Sondakh digunakan oleh syarikat itu yang mahu memenangi kontrak tersebut.
Wanita yang berusia 35 tahun itu pernah menjadi anggota Dewan Perwakilan Rakyat ekoran kemenangannya dalam pilihan raya Parlimen pada tahun 2004 dengan mewakili Parti Demokrat pimpinan Presiden Bambang Susilo Yudhoyono.
Bagaimanapun, Sondakh menafikan dia menerima rasuah.
Menurutnya, dia menjadi mangsa konspirasi politik.
Suami Sondakh, Adjie Massaid yang juga seorang pelakon dan ahli politik telah meninggal dunia pada tahun 2011.
Menurut bekas ratu cantik itu, dia menimbang untuk membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah tersebut.
Keputusan mahkamah itu merupakan tamparan terbaharu buat Susilo kerana beliau sebelum ini terkenal dengan usaha-usahanya untuk memerangi rasuah.
Pada bulan lalu, bekas Menteri Sukan, Andi Mallarangeng yang juga seorang lagi anggota parti Susilo turut dikaitkan dengan skandal rasuah berhubung projek pembinaan sebuah kompleks sukan dekat Jakarta
kosmo

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com