Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Isnin, 14 Januari 2013

Bila Lagu Yuna, Terukir Di Bintang Diparodikan

Kongsi Di Pesbuk Bila Lagu Yuna, Terukir Di Bintang Diparodikan


KL, 9 JAN 2013: Tiga hari telah pun berlalu dan sampai ke saat ini, mulut Murai Batu masih bersiul-siul akan lagu Terukir Di Bintang yang menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL 27) baru-baru ini.


Nyata impak yang diberikan lagu tersebut amat besar ditambah pula dengan gaya Aizat sewaktu menggantikan Yuna mempersembahkan lagu tersebut ketika AJL 27, memang masuk habis.

Sejujurnya, Murai Batu adalah antara peminat lagu tersebut. Bukan saja kerana iramanya yang bagi Murai Batu terasa 'International', malah menurut teman Murai Batu jikalau dibuang liriknya, terus akan kedengaran seakan lagu Perancis dan gubahan muziknya saja sudah boleh membuatkan kita rasa nak menari.

Jadi apabila lagu tersebut diisytihar juara, Murai Batu rasakan ianya sememangnya layak.

Dalam pada itu, lumrah bila sesuatu lagu tu diiktiraf juara atau menang apa-apa anugerah, mulalah ramai yang mencari-cari lagu itu di laman Youtube untuk menonton semula klip video atau persembahan itu. Murai Batu salah seorang darinya.

Tetapi apa yang membuatkan Murai Batu tertarik di sini ialah apabila terdapat 2 hingga 3 video parodi untuk lagu Terukir Di Bintang yang telah diubah suai oleh mereka-mereka yang kreatif di laman Youtube.

Salah satu yang Murai Batu pilih ialah klip video di bawah. Video ini dimuat naik oleh insan yang menggelar dirinya Mr Bie.

Lagu Terukir Di Bintang telah diubah tajuknya kepada Tak Terukir Di Bintang dan liriknya turut diubah dengan memasukkan unsur-unsur jenaka.

Rasanya memang sudah menjadi trending apabila sesuatu lagu yang popular di Malaysia untuk diparodikan.
Apa-apa pun para pembaca lihatlah sendiri video tersebut dan berikan pendapat anda terhadap parodi oleh Mr Bie ini.



0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com