Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Selasa, 8 Januari 2013

Video Klip Lucah Ditayangkan Semasa Berita Krisis Syria

Kongsi Di Pesbuk


Sweden – Sebuah stesen televisyen dilaporkan membuat kesilapan memalukan apabila siaran beritanya menayangkan klip lucah sebagai latar belakang ketika berita itu disiarkan secara langsung.



Ketika itu penyampai Channel TV4 itu sedang membacakan berita mengenai krisis politik Syria.

Secara tiba-tiba klip lucah itu disiarkan di belakangnya dan ia berterusan selama 10 minit sebelum disedari oleh pihak pengurusan.

Penonton yang menyaksikan berita tersebut, terkejut besar dengan kejadian tersebut.

“Saya sangkakan saya yang tersilap, namun lama kelamaan ia menjadi semakin jelas dan saya dapat melihat bagaimana mereka menarik semula filem lucah itu,’’ kata seorang penonton.

Dia juga hairan kenapa pengurusan TV4 tidak menyedari keadaan itu dan mereka terpaksa mengambil masa selama 10 minit untuk menyedari mengenai kesilapan tersebut.

Mengulas perkara tersebut, pihak pengurusan TV4 memberitahu, bilik berita disambung terus kepada computer syarikat

“Ketika itu tiada siapa yang menonton filem berkenaan. Kejadian berlaku ketika proses memuat naik dilakukan dan salah satu pelayar di bangunan berkenaan telah memainkan klip itu secara tidak sengaja.

“Sebaik menyedarinya, kami telah mematikan program itu. Ia tidak akan berulang lagi pada masa depan,’’ katanya.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com