Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Isnin, 14 Januari 2013

Fesyen Selebriti Paling Fail 2012!!

Kongsi Di Pesbuk

Mizz Nina

Sememangnya Mizz Nina mempunyai citarasa fesyen yang mewah. Tiap kali muncul di karpet merah dia akan tampil dengan persalinan dari jenama antarabangsa. Termasuklah yang satu ini. Cuma mungkin padanan ‘edgy’ yang Mizz Nina ingin sampaikan dalam penampilannya kali ini kurang menjadi. Terutama pada pemilihan sarung tangan, potongan rambut dan tumit tinggi. 



Roslan Shah

Ada yang mengatakan, sekali imbas memandang Roslan Shah dengan imej botak ini, disangkakan rapper antarabangsa Pitbull. Ya, ada benarnya juga. Cuma Pitbull tak pula memakai baju ruffles atau berenda-renda seperti ini. Agaknya Roslan Shah sangkakan majlis Anugerah Industri Muzik yang dihadirinya itu adalah kelab dangdut.



Enot

Alamak adakah Enot membawa watak Mickey Mouse di gelanggang Anugerah Bintang Popular Berita Harian? Mungkin dia merasakan sukar untuk tampil anggun atau menarik, walaupun hakikatnya dia memiliki wajah yang cantik. Jadi pelakon komedi ini memilih untuk bergaya sebegini. Lengkap dengan sneakers sukan lagi. Adakah patut di majlis anugerah? Memang tak patutkan.



Ramlah Ram

Penyanyi pujaan ramai ini mula beresperimentasi dengan fesyen bertudung. Dalam panduan bergaya, adalah lebih digalakan untuk seseorang itu fahami dahulu struktur badan dan pakaian apa yang sesuai di badan sendiri. Namun apa yang digayakan Ramlah Ram ini memang `out of place`. Dari hujung kepala hingga hujung kaki nampak kurang sesuai dengan fizikal, usia dan personalitinya.



Sam Shaheizy

Entah apa mimpi Sam Shaheizy lalu di permaidani merah Anugerah Blockbuster dengan hanya berseluar denim, kemeja-T bulat, topi dan cermin mata. Entah apa permainannya pada malam itu. Penampilan yang sangat Opss... yang boleh dikatakan mencemar glamorama karpet merah acara berprestij itu. Jangan buat lagi ya selepas ini.




Ze!

Pendatang baru dalam industri muzik tanah air ini cuba membawa kelainan dalam setiap penampilan. Khabarnya memang sudah menjadi ‘trademark’ Ze! hadir bersama mascot kuda belang. Nampak memang cukup pelik dan tidak serasi dengan industri hiburan tempatan kitalah. Lainkah kalau di Hollywood.



Fathia Latiff

Boleh dikatakan, Fathia Latiff adalah yang paling seksi di malam Anugerah Stail EH! 2012. Gaun hitam BCBG yang digayakannya itu tampak cukup menggoda. Tetapi kerana dia seorang yang lasak dak tak boleh duduk diam, gaun mahalnya itu terkoyak rabak di saat akhir acara. Alamak memang Opss..


Didie Alias

Mengenali Didie Alias, dia sememangnya seorang yang berani. Tapi come on Didie Alias, pastinya ada sesuatu yang lebih menarik boleh dipakai untuk menghadiri dua majlis anugerah penuh berprestij. Opss... ketika Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Skrin.



Gambit & Iz

Cuba perhatikan sut merah cili yang digayakan Gambit ini. Sememangnya sama dengan Iz Sulaini. Memang sama kerana masing-masing menggayakan rekaan Ezuwan Ismail. Walaupun bukan digayakan pada waktu dan acara yang sama, tapi Opss... kerana merupakan siaran ulangan. Gambit sepatutnya lebih teliti sebelum pakai sarung saja.


Shila Amzah

Gaun kembang merah putih ini hakikatnya sangat menawan. Tetapi mungkin kerana kehadiran bow atau riben besar di bahagian pinggang, ditambah pula dengan penggayaan turban yang tak kena gaya menjadikan penampilan Shila Amzah sangat Opss... Mungkin tanpa riben besar dan ikatan turban yang ringkas menjadikan Shila Amzah lebih Stailista di malam bermaknanya itu.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com