Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Khamis, 10 November 2011

22 maut dalam rempuhan manusia...!!!

Kongsi Di Pesbuk
22 maut
Sekurang-kurangnya 22 terkorban manakala puluhan lagi cedera selepas berlaku rempuhan manusia semasa upacara keagamaan yang dijalankan berhampiran Sungai Ganges di utara India, menurut pegawai kerajaan, semalam.

Majistret daerah berhampiran bandar Haridwar, D Santhel Pandiyan berkata, kebanyakan mangsa terdiri daripada wanita berbanding lelaki.

Insiden itu dipercayai berlaku selepas puluhan ribu penganut agama Hindu membanjiri kawasan kuil di Sungai Ganges tersebut sehingga menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal.

“Apabila upacara kemuncak sedang berlangsung, orang ramai mula bersesak-sesak sehingga terjatuh,” menurut penganjur, Hemant Samu.

Januari lalu, lebih 100 orang maut selepas berlaku rempuhan manusia semasa festival keagamaan di selatan Kerala.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com