Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Selasa, 15 November 2011

Kanak-kanak Ketawakan Johan Raja Lawak...!!!

Kongsi Di Pesbuk
Kanak-kanak Ketawakan Johan Raja Lawak

KUALA LUMPUR, 15 NOVEMBER2011: Pembikinan drama bersiri terbaru di Astro Ceria (saluran 611), Elly & Epit telah menjadi gamat dengan gelagat dan aksi daripada pelawak, Johan Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz.
 
Pengurus Saluran Astro Ceria, Evon Koh yang mengakui perkara tersebut berkata, semua pelakon yang terdiri daripada pelakon kanak-kanak itu tidak dapat menahan gelak apabila melihat gelagat Johan ketika pengambaran.

"Terus-terang memek muka serta aksi Johan dalam drama Elly & Epit ketika pengambaran, membuatkan semua pelakon kanak-kanak tidak dapat menumpukan perhatian. Sehinggakan ada mereka yang tidak dapat menahan gelak, terus terbahak-bahak walaupun pengambaran masih dijalankan.

"Oleh kerana itu, pengarahnya, Manesh Nesaratnam terpaksa 'cut' beberapa kali supaya ianya tidak mengganggu pengambaran. Tapi semua krew dan pelakon kelihatan sangat gembira sepanjang pengambaran dijalankan.

"Jadi saya rasa pemilihan drama ini sememangnya tepat kerana selain menghiburkan, mesej-mesej mengenai realiti kehidupan juga turut diselitkan untuk disampaikan sebagai pengajaran yang boleh dijadikan sebagai panduan dan teladan," katanya yang ditemui ketika pelancaran drama bersiri Elly & Epit di Delicious, Jalan Ampang, baru-baru ini.

Antara barisan pelakon kanak-kanak yang membintangi drama bersiri tersebut terdiri daripada Mohd Shafeiq Shazwan, Farhanna Qismina, Abdul Hadi, Siti Amirah Dayana, Wan Faiqah 'Ainaa', Muhammad Azzammuddin, Nik Adrea, Farah Nadia, Shaifulazli, Nor Heidzriq Haikal dan ramai lagi.

Namun begitu, menurut Johan Raja Lawak sendiri, berlakon bersama kanak-kanak merupakan pengalaman yang agak sukar baginya biarpun dalam masa yang sama seronok melayan karenah mereka.

"Berlakon dengan kanak-kanak memang berbeza berbanding berlakon dengan orang dewasa. Mereka berlakon terlalu terikat dengan skrip, sedangkan saya akan hanya berdialog bersahaja mengikut kesesuai dan kehendak jalan cerita.

"Jadi itu yang membuatkan saya sukar untuk berlakon bersama mereka kerana saya sentiasa perlu ingat skrip. Namun dengan cara ini juga secara tidak langsung dapat mendisiplinkan saya untuk menitik beratkan penghafalan skrip.

"Apa-apa pun, saya seronok melayan kerenah kanak-kanak kerana mereka ni sudah macam anak-anak saya," katanya.

Drama bersiri Elly & Epit sebanyak 13 episod ini, bakal bersiaran menerusi Astro Ceria di saluran 611 pada setiap hari Ahad, jam 11.00 pagi bermula 20 November ini.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com