Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Jumaat, 11 November 2011

‘Michael Jackson penagih dadah’...!!!

Kongsi Di Pesbuk
MICHEAL JACKSON
LOS ANGELES - Bekas doktor peribadi yang didapati bersalah menyebabkan kematian penyanyi pop terkenal, Michael Jackson menggelar penyanyi itu penagih dadah dalam sebuah wawancara televisyen yang akan ditayangkan di Amerika Syarikat, minggu ini.

Conrad Murray yang kini ditahan di penjara Los Angeles sementara menunggu hukuman ke atasnya dijatuhkan merakam wawancara itu sebelum disabitkan bersalah, Isnin lalu.

“Jika saya tahu lebih awal bahawa Jackson adalah penagih dadah, dan jika dia memaklumkan perkara itu kepada saya, saya mungkin tidak akan membiarkan dia sendirian di dalam bilik bersama ubat-ubatan itu,” katanya.

Murray tidak pernah memberi sebarang keterangan sepanjang perbicaraan enam minggu yang dihadapinya selepas Jackson meninggal dunia akibat mengambil ubat tidur dan sedatif dalam dos berlebihan pada Jun 2009.

Namun Murray mengaku semasa soal siasat polis bahawa dia memberikan dadah tersebut kepada Jackson bagi membantu penyanyi itu mendapatkan tidur mencukupi.

Hukuman ke atas Murray akan diumumkan 29 November ini dan dia dijangka dipenjara sehingga empat tahun serta lesen perubatannya ditarik balik.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com