Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Isnin, 14 November 2011

Tinggal anak, isteri mengerang kesakitan...!!!

Kongsi Di Pesbuk
TINGGAL ISTERI ,ANAK
GERIK- Seorang penunggang motosikal sanggup meninggalkan isteri dan dua anaknya yang kesakitan akibat terjatuh motosikal kerana mahu melepaskan diri daripada di tahan, dalam satu sekatan jalan raya , di Simpang Jalan Air Suda, berhampiran lampu isyarat, di sini, jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam itu, lelaki berusia 25 tahun dikatakan menunggang motosikal bersama isteri dan dua anak berusia 2 serta 3 tahun tetapi bertindak memecut motosikal melanggar lampu isyarat merah serta merempuh seorang anggota polis yang sedang bertugas kerana terlalu takut.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab, berkata, kerana terlalu takut di tahan polis, lelaki berkenaan bertindak di luar kawalan dan dalam keadaan kelam kabut memecut laju motosikal selepas terjatuh.

Menurutnya, lelaki berkenaan bukan sahaja tidak menghiraukan isteri dan anak-anaknya yang sedang mengerang kesakitan tetapi kecederaan dialami diri sendiri juga tidak disedari.

“Lelaki yang bekerja di sebuah kilang papan itu dipercayai dari Pekan Gerik dan bertindak melanggar lampu isyarat serta membelok masuk ke simpang Jalan Air Suda sebaik sahaja ternampak 4 anggota polis trafik sedang membuat operasi sekatan jalan.

“Lelaki itu tidak berhenti ketika polis menahannya di sebelah kiri jalan selepas melanggar lampu isyarat dan merempuh seorang anggota polis menyebabkan dia bersama isteri serta anak-anak terjatuh.

“Walaupun dalam kesakitan kerana kecederaan di bahagian betis dan tangan, lelaki itu dengan pantas mencapai motosikal serta memecut lari tanpa mempedulikan ahli keluarganya,”katanya pada sidang media di IPD Gerik, di sini, kelmarin.
Beliau berkata, akibat rempuhan itu, anggota polis yang dilanggar turut mengalami kecederaan parah iaitu patah tangan kiri dan di bawa ke Hospital Gerik (HG) sebelum dikejarkan ke Hospital Taiping.

“Isteri dan dua anak lelaki berkenaan yang sedang kesakitan akibat cedera di bahagian badan serta kaki turut dibawa ke HG untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, lelaki berkenaan berjaya di tahan pihak polis kira-kira ham 9 malam ketika datang mencari keluarganya di hospital.

“Hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan serta dikenakan saman kerana melanggar lampu isyarat.

“Kami berharap semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan termasuk perlu mempunyai lesen memandu.

“Walaupun jalan di daerah Gerik tidak sibuk tetapi jumlah kemalangan maut dari 1 Januari hingga 12 November mencatatkan sebanyak 779 kes kemalangan dengan jumlah maut seramai 43 orang dan parah 82 orang.

“Jumlah saman tertinggi adalah melibatkan penunggang motosikal selain kereta iaitu sebanyak 19,385 saman dikeluarkan,”katanya.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com