Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Selasa, 6 Disember 2011

Buat tilikan sebelum temui ajal...!!!

Kongsi Di Pesbuk
ANGGOTA bomba mengorek tanah untuk mencari mayat Mohd. Amir yang maut selepas tenggelam dalam lumpur di Jeli semalam.


JELI – Tilikan seorang remaja mengenai ajalnya yang akan tiba sekiranya dia menjejakkan kaki ke tanah di tempat kerjanya menjadi kenyataan apabila dia meninggal dunia akibat ditelan lumpur dalam kejadian di Kilometer 18, Kampung Air Puteh di sini semalam.
Kejadian pukul 10.55 pagi itu menimpa Mohd. Amir Azmi, 14, selepas dia tenggelam sedalam 1.5 meter sebaik memijak permukaan tanah ketika membuat kerja-kerja pemasangan paip bersama tiga sepupunya.
Mereka bekerja dengan sebuah syarikat kontraktor untuk projek Kementerian Kemajuan Luar Bandar.
Difahamkan, pada malam sebelum kejadian, Mohd. Amir yang tidak lagi bersekolah itu mengatakan yang dia akan mati sekiranya turun ke tanah tempat kerja.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com