Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Selasa, 6 Disember 2011

Wanita melecur teruk maut...!!!!

Kongsi Di Pesbuk
BEGINILAH keadaan dalam rumah Tuty Suriyaty yang maut manakala suaminya kritikal selepas melecur teruk dalam kebakaran di Setapak Jaya, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah maut manakala suaminya seorang pengawal keselamatan kritikal apabila kedua-duanya melecur teruk selepas disambar api dari dapur rumah mereka yang terbakar di tingkat 15 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Ranjang, Setapak Jaya di sini semalam.
Kejadian pukul 1.30 petang itu menyebabkan Tuty Suriyaty Abd. Manan, 34, maut selepas melecur hampir 95 peratus manakala suaminya, Raja Basir Ali Peerbux, 56, cedera di kepala, kaki dan tangan. Dia kini kritikal di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Balai Setapak, Suki Annuar (gambar kecil) memberitahu, sebaik sampai di rumah mangsa, pihaknya menemui wanita itu terbaring di ruang tamu rumah dan suaminya pula terbaring di luar rumah.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com