Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Khamis, 8 Disember 2011

Mayat disangka sampah...!!!

Kongsi Di Pesbuk
Mayat disangka sampah

MALIM - Seorang pekerja am rendah tidak menyangka objek terapung yang disangkanya sampah di Sungai Malim di sini, semalam, rupa-rupanya mayat seorang lelaki.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, Al-Hadi Md Yunos, 42, yang juga kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri sedang memotong rumput di tebing sungai terbabit berhampiran Taman Per­industrian Malim.
 
Menurutnya, dia ternampak satu objek terapung datang dari arah Sungai Krubong dan menyangka ia bungkusan sampah yang dihanyutkan air.
 
“Apabila objek ini semakin hampir, barulah saya sedar ia adalah mayat seorang lelaki dalam keadaan tertiarap.
 
“Saya cuba mencapainya tetapi tidak berjaya kerana terlalu jauh dari tebing,” katanya kepada Sinar Harian, se­malam.
 
Al-Hadi berkata, mayat itu kemudiannya hanyut sejauh kira-kira satu kilometer.
 
“Saya mengekori mayat ini bagi mengelakkannya hilang dan pada masa sama, menghubungi polis serta Jabatan Pertahanan Awam.
 
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Hashim Kaus berkata, lapan anggota dan satu jentera diarahkan ke lokasi penemuan sebaik sahaja menerima maklumat, jam 12.24 tengah hari.
 
“Mayat berjaya dikeluarkan dari sungai, jam 12.50 tengah hari,” katanya.
 
Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Muhammad Koey Abdullah mengesahkan kejadian itu.
 
Menurutnya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa yang dipercayai warga In­­donesia.
 
“Mayat ini dipercayai hanyut dari arah Durian Tunggal setelah empangan Gangsa dibuka dan punca kematian masih dalam siasatan,” katanya.


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com