Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Ahad, 4 November 2012

Messi Gembira Kekasih Lahir Anak Pertama

Kongsi Di Pesbuk http://i.imgur.com/Tn777.jpg


BARCELONA – Teman wanita Lionel Messi semalam melahirkan bayi lelaki, anak pertama bintang bola sepak Barcelona dan Argentina itu.
Messi dan kekasihnya, Antonella Rocuzzo, menamakan bayi itu, Thiago.
“Saya adalah lelaki paling bahagia di dunia. Anak saya dilahirkan dan ia hadiah daripada Tuhan.
“Terima kasih kepada anggota keluarga saya yang memberikan sokongan kepada kami,” kata Messi dalam Facebooknya.
Barcelona mengumumkan kelahiran itu menerusi laman webnya selepas ia dilaporkan oleh media Sepanyol dan Argentina dan disahkan oleh Messi.
Dalam wawangcara dengan akhbar Sepanyol, El Pais, sebelum ini, Messi berkata dia tidak sabar menunggu masa untuk menjadi bapa.
“Saya sudah bersedia dengan kehadiran Thiago. Ia amat menyeronokkan dan membuat anda berfikir secara lain. Anda tidak lagi hanya memikirkan diri anda,” katanya. 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com