Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Sabtu, 10 November 2012

PENANTIAN SELAMA 88 TAHUN UNTUK GAMBAR KAHWIN

Kongsi Di Pesbuk Penantian Selama 88 Tahun Untuk Gambar Kahwin, satu penantian yang lama apabila menunggu sehingga 88 tahun untuk mengambil gambar kahwin.Tanya mana-mana pasangan yang sudah bertunang dan mereka akan menjawab majlis perkahwinan tidak akan lengkap tanpa gambar romantik bagi mengingati majlis berkenaan. Sebahagian pasangan yang baru berkahwin akan mengambil gambar mereka selepas majlis itu




Tetapi bagi pasangan ini di Nanching China, mereka menanti hingga 88 tahun sebelum dapat merakam gambar paling istimewa dalam hidup mereka. Pasangan yang sudah menjangkau usia 100 tahun, Wu Conghan dan Wu Sognshi, berkahwin di wilayah Sichuan, China pada 1924.

Bagaimanapun, mereka tidak merakam gambar perkahwinan itu sehinggalah baru-baru ini. Conghan, 101, dan Sognshi, 103, hidup bahagia bersama sejak 88 tahun lalu. Mereka selalu mengimpi untuk merakamkan gambar kahwin mereka.

Tetapi pasangan itu tidak mempunyai pilihan apabila melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun berkenaan. Impian mereka dijadikan realiti baru-baru ini oleh sebuah syarikat foto di Nanching, bandar tempat tinggal mereka.

Seperti apa juga yang ada kaitan dengan majlis perkahwinan, pengantin perempuan mahu rakaman itu paling sempurna dan memastikan suaminya kelihatan paling segak dengan baju putih.










0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com