Saya Sayang Malaysia
Bola sepak Sukan SEA: Malaysia 2, Thailand 1
Kongsi Di Pesbuk
JAKARTA: Skuad bola sepak Sukan SEA Malaysia memenangi perlawanan kedua
peringkat kumpulan A selepas menewaskan Thailand, 2-1 di Stadium Utama Gelora
Bung Karno di sini, sebentar tadi.
Pasukan bola sepak Sukan SEA negara
mendahului Thailand 1-0 hasil jaringan ketua pasukan, Baddrol Bahtiar pada minit
ke-24, separuh masa pertama.
Pada penghujung separuh masa kedua, pasukan Thailand menyamakan kedudukan
menerusi Natarid Thammarossopon pada minit ke-78 selepas merembat kencang
melepasi penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.
Bagaimanapun, penyerang negara, Izzat Faris Ramlan membuat lencongan
cantik di sebelah kiri gawang seterusnya menjaringkan gol kemenangan pada minit
ke-85 bagi memastikan kemenangan negara dalam perlawanan kedua kumpulan A Sukan
Sea 2011 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.
Perlawanan peringkat
kumpulan hari ini adalah yang kedua selepas pasukan negara seri tanpa jaringan
menentang Singapura, baru-baru ini.
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com
0 ulasan: