Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Rabu, 9 November 2011

Isu gambar: Amy Search mahu Nabila bertanggungjawab...!!!

Kongsi Di Pesbuk Tidak habis-habis diselubungi kontroversi, anak kepada legenda rock Malaysia, Nabila Huda sekali lagi dihimpit kontroversi apabila dia dikaitkan dengan sekeping gambar yang menunjukkan seorang wanita sedang bercium dengan seorang lelaki di sebuah pantai.

Tidak kurang dengan itu, beberapa keping gambar berbikini miliknya juga mula tersebar di beberapa laman web menimbulkan spekulasi buruk terhadap diri pelakon dan juga penyanyi ini.
Terkejut apabila mendengar berita mengenai perkara ini, bapanya yang juga vokalis band rock popular, Search, Amy meminta supaya Nabila matang dalam menyelesaikan perkara ini.

“Saya tak tahu dan tak pernah dengar lagi tentang berita ini. Baru sekarang ini saya mendengarnya, jadi sukar untuk saya komen tentang perkara ini.

“Cuma saya berharap, Nabila pandai menjaga dirinya, mencari jalan terbaik untuk kariernya dan anak dia.

“Saya pernah beritahunya, apa yang dilakukan adalah apa yang di mahukan. Saya sering berpesan supaya dia fokus dalam setiap perkara.

“Saya mahu dia bertanggungjawab dalam setiap perkara yang dilakukan, jangan menyembunyikan diri daripada kesilapan dan jelaskan perkara ini sebaiknya,”jelas Amy Search ketika ditemui di majlis pra dengar lagu Simetri, nyanyian dirinya dan bintang AF9, Hazama.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com