Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Ahad, 11 September 2011

Gambar hantu dirakam di rumah seorang model..!!

Kongsi Di Pesbuk


Model dan pelakon Argentina,Emilia Attia memberitahu bahawa dia telah membesar dalam sebuah rumah yang berhantu.

Bunyi tapak kaki orang berjalan, suara dan ketukan aneh pernah dialami dalam rumah itu. Sebuah rumah yang sekarang ini dimiliki oleh abangnya dan dia tinggal di situ.

Baru-baru ini, kontraktor telah diupah oleh keluarga tersebut untuk merombak rumah lama itu. Darío Heredia, yang memiliki DH Working, sebuah syarikat pembinaan di Argentina telah mengambil gambar rumah untuk perbandingan sebelum dan selepas. Ketika Dario mengambil gambar rumah, tidak ada seorang pun di sana kecuali dirinya dan pemilik rumah.

Setelah melihat gambar foto di rumahnya, isteri Dario adalah yang pertama melihat susuk tubuh aneh dalam gambar. Ia nampak seperti orang yang bersembunyi di dalam almari. Selepas pemeriksaan lebih dekat foto itu, Dario dan isterinya yakin bahawa mereka telah merakam foto hantu.


Apa yang kita lihat dalam foto adalah apa yang nampaknya menjadi orang di dalam almari. Ia memiliki satu lengan ke atas, seakan memberi isyarat sesuatu kepada jurugambar. Menurut Dario, tidak ada orang di sana pada saat foto itu diambil.

Akhbar Argentina, Cronica, menyiasat dakwaan itu dan kemudian mendapati bahawa sebelum keluarga Attia pindah ke rumah itu beberapa tahun lalu, sebuah keluarga dengan beberapa orang anaknya tinggal di rumah itu.

Jiran-jiran menceritakan bahawa pada satu hari, seorang anak laki-laki muda telah mati lemas ketika berenang. Tragedi ini memaksa penyewa sebelumnya rumah itu untuk berpindah. Sejak dari itu, para jiran telah mendengar desas-desus tentang peristiwa aneh di dalam rumah itu.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com