Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Khamis, 22 September 2011

Belalang padi jadi hidangan eksotik..!!!

Kongsi Di Pesbuk 
SELAIN digoreng, belalang padi juga dikatakan lebih enak jika
 dimasak kerutuk dan dinikmati bersama nasi. - Gambar hiasan

PASIR PUTEH - Biarpun dilabel sebagai serangga perosak tanaman padi, belalang sebenarnya berpotensi besar untuk dikomersialkan sebagai salah satu makanan eksotik di negara ini kerana kelazatannya.
Seorang peniaga bekalan makanan harian di Pasar Besar Pasir Puteh, Bidah Abdullah, 59, berkata, belalang padi memiliki keistimewaan tersendiri dan menjadi antara pilihan wajib peniaga untuk diniagakan menjelang Ogos sehingga Oktober setiap tahun kerana permintaan yang tinggi.
"Sejak berniaga lebih 20 tahun lalu, saya sering ambil peluang menjual belalang padi dan ia memang mendapat sambutan ramai penggemarnya," katanya di sini semalam.
Katanya, dia mendapatkan bekalan belalang padi daripada pemburu serangga berkenaan dengan harga RM25 untuk sekilogram.
"Saya kemudian menjualnya RM30 sekilogram, walaupun harganya agak mahal dan kadangkala tidak memberi pulangan modal, saya tetap menjualnya kerana ia antara makanan tradisi suatu ketika dahulu yang wajar diperkenalkan kepada generasi muda," katanya.
Sementara itu, seorang penggemar belalang padi, Hasnah Aziz, 59, berkata, dia dan keluarganya tidak melepaskan peluang untuk membeli belalang padi setiap kali ia dijual di pasar.
"Rasanya enak dan lemak terutama apabila digoreng, lebih sedap jika dimasak kerutuk dan dinikmati bersama nasi.
"Bagaimanapun, sebelum memasak belalang, saya akan membuang kotoran, sayap dan kakinya. Pada kaki belalang terdapat duri-duri tajam yang boleh menyebabkannya tersangkut di kerongkong sewaktu kita memakannya," katanya.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com