Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Selasa, 13 September 2011

Pasangan berasmara dalam kereta cuba lari kemalangan..!!

Kongsi Di Pesbuk
JITRA: Akibat panik melihat kehadiran kereta peronda Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), seorang pelajar lelaki memecut kereta dinaiki bersama kekasihnya sebelum terbabit dalam kemalangan di Kilometer 17.8 Lebuhraya Utara-Selatan di sini, semalam.
Berikutan itu, pelajar berusia 19 tahun dari Kulim, cedera di kepala manakala teman wanitanya, juga berusia 19 tahun, retak kaki dan cedera di pinggang selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas lalu melanggar pembahagi jalan serta pokok.

Kejadian berlaku jam 1.30 pagi dalam keadaan permukaan jalan licin dan basah selepas hujan.
Difahamkan, kedua-dua pelajar berkenaan yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Perlis, kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan Hospital Jitra, di sini.

Sebelum itu, pasangan terbabit sedang berasmara dalam kereta di tepi lebuh raya dan sebaik melihat sebuah kereta peronda Plus membuat rondaan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd Yusoff berkata, anggota peronda Plus yang sedang meronda melihat sebuah kereta berhenti di tepi lebuh raya lalu berhenti untuk membuat pemeriksaan.
Menurutnya, tanpa sempat berbuat apa-apa, pemandu Perodua Myvi terbabit memecut kenderaannya dipercayai terkejut dengan kehadiran anggota berkenaan.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com