Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Khamis, 22 September 2011

Hajat tercapai sebelum maut..!!!

Kongsi Di Pesbuk
ORANG RAMAI melihat keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkan Yusof dan Daleng maut di Dungun kelmarin


DUNGUN – Kegembiraan seorang tukang kebun sekolah yang dapat melihat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara dekat pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri DUN Sura dekat sini tidak berpanjangan apabila dia dan bapanya maut dalam kemalangan kelmarin.
Kejadian pukul 5 petang di Kilometer 23, Jalan Dungun-Bukit Besi, dekat Kampung Padang Pulut di sini itu mengakibatkan Yusof Daleng, 40, dan bapanya, Daleng Hassan, 66, maut akibat kecederaan di badan dan kepala. Empat lagi penumpang cedera parah.
Mereka yang parah ialah adik Yusof, Mohd. Zaid, 23; jiran, Normadiah Mahmud, 43, dan dua anak Normadiah, Mohd. Ikrima Abd. Latif, 12, dan Mohd. Sabri, 10.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta jenis Proton yang dinaiki kesemua mangsa bertembung dengan kereta Perodua Myvi dinaiki Mohd. Nor Ehsan, 20, dan Badrul Hisham Ibrahim, 32.
Myvi yang dipandu Mohd. Nor dikatakan telah memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta mangsa. Mohd. Nor dan Badrul Hisham turut parah.
Rombongan itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Minda, Jerangau selepas pergi ke majlis yang dihadiri Muhyiddin.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Dahlan Mohd. Noor memberitahu, dua mayat termasuk mereka yang parah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com