Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Selasa, 13 September 2011

Mentadak sambar ikan emas..!!

Kongsi Di Pesbuk
MENTADAK tersebut kemudian menyambar ikan emas itu dari balang kaca itu.

BANDAR RAYA OKLAHOMA, Amerika Syarikat (AS) - Detik-detik seekor mentadak menyambar seekor ikan emas dari sebuah balang kaca dirakamkan oleh jurugambar hidupan liar AS, Scott Cromwell, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Gambar berkenaan menunjukkan mentadak itu menyambar ikan emas tersebut dari dalam balang berkenaan.
Usaha mentadak itu berhasil apabila ia menangkap seekor ikan segar untuk dijadikan makanannya.
"Saya terpaksa menarik bangkai ikan emas ini daripada cengkaman serangga belaan saya. Jika tidak, ia akan memakan tulang ikan itu," kata Cromwell. 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com