Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Khamis, 22 September 2011

Lelaki bertopeng buang 35 mayat..!!

Kongsi Di Pesbuk
 
 
 
BEBERAPA anggota polis dan pasukan forensik mengelilingi mayat-mayat yang ditemui
di sebatang jalan raya di Boca del Rio, Brazil kelmarin.


BOCA DEL RIO, Mexico - Sekumpulan lelaki bertopeng bersenjata menghalang lalu lintas di sebatang jalan raya di bandar ini, pesisir Teluk Mexico semasa mereka membuang 35 mayat mangsa pembunuhan kejam sambil diperhatikan pengguna jalan raya lain, kata pihak berkuasa.
Peguam Negeri Veracruz, Reynaldo Escobar Perez berkata, semua mayat itu termasuk 12 wanita, dihimpun di atas dua buah trak dan bawah jejambat berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini.
Polis mengenal pasti identiti tujuh mangsa pembunuhan itu setakat ini dengan semua mereka memiliki rekod jenayah kerana membunuh, mengedar dadah, menculik dan memeras ugut serta memiliki kaitan dengan kumpulan jenayah terancang, kata Escobar.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama kumpulan penjenayah yang dianggotai mangsa-mangsa terbabit.
Dalam perkembangan berkaitan beberapa saksi menyatakan, kumpulan lelaki bersenjata memakai seragam seperti tentera.
"Namun, mereka bukan anggota tentera atau polis. Mereka mengacukan senjata api ke arah orang ramai," kata seorang saksi kejadian.
Sejak tahun lalu, dua kumpulan kartel dadah utama Mexico, kartel Gulf dan Zetas saling berbunuhan untuk menguasai pengeluaran dadah di negeri itu

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com