Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Khamis, 8 September 2011

[video] Rompakan Kedai Mamak Seksyen 15 Shah Alam

Kongsi Di Pesbuk
Perompak menyerbu masuk ke kedai mamak seksyen 15 Shah Alam..
Shah Alam-Beberapa pelanggan sebuah restoran mamak di Seksyen 15, termasuk kanak kanak yang sedang menjamu selera lari lintang pukang cuba menyelamat kan diri apabila restoran itu dimasuki oleh beberapa orang perompak yang bersenjatakan parang dan pisau.

Dalam rakaman litar tutup (cctv) restoran berkenaan yang berdurasi 4 minit dan 11 saat pada kira kira jam 4 pagi 28 ogos lalu, 5 lelaki yang lengkap bertopi keledar serta ada yang memegang pisau dan parang meluru ke arah pelanggan.

Perompak itu juga menajukan senjata parang kearah pelanggan sebelum merampas komputer riba milik pelanggan yang tergamam dengan kejadian, malah ada juga perompak yang merampas beg tangan seorang wanita.

Melalui rakaman CCTV pelbagai sudut jelas melihatkan pelanggan yang sedang menjamu selera dan berbual dia anggarkan seramai 10 orang termasuk kanak kanak yang terkejut dan panik berlari keluar dari resoran berkenaan.

Malah ada juga pelanggan yang secara spontan melompat penghadang restoran untuk menyelamatkan diri.




0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com